Wednesday, February 9, 2011

Ini kisah saya.

Saya suka seorang lelaki. Suka sangat-sangat. Suka gila-gila. Gila-gila punya suka. Saya suka dia sebab dia handsome, kacak, bergaya, stylo milo, baik hati, pemurah, peramah dan menghormati orang tua. Tak, itu semua saya tipu. Saya suka dia sebab dia pun suka saya jugak. Saya tipu lagi. Saya tidak tahu dia suka saya atau tidak. Sebab saya malu lah nak tanya dia. Nanti dia cakap perigi cari cebok pula, jadi saya tidak pernah bertanya pada dia.  

Saya suka lelaki ini sebab dia menerima diri saya seadanya. Walaupun saya tak cantik, tapi saya rasa saya cantik, tapi tiada orang pernah cakap saya cantik, jadi sebenarnya saya tak cantik, dia tetap terima saya sepenuh hati. Walaupun saya mempunyai tubuh badan yang besar atau dalam kata yang mudah, gemuk, dia tetap menerima saya dengan redha. Tapi kalau di belakang saya, dia mengumpat saya, saya tidak tahu lah kan. 

Saya mula bertentang mata pada kali pertama ketika masih di bangku persekolahan. Saya mengaku saya sedikit gatal merenyam saat itu, tapi perasaan itu anugerah Ilahi kan? Pada mulanya, saya tidak suka kepada lelaki ini kerana dia sedikit poyo dan berlagak macam handsome gila. Malah, kawan-kawan saya cakap dia seorang player, bukan player rugby atau football, tetapi playboy iaitu kaki perempuan. Tetapi, lama kelamaan, saya mula jatuh hati kepadanya kerana dia sanggup melayan apa jua kerenah saya yang menggedik ini.

Dan kini, saya bahagia. Tammat.  


p/s : awak suka saya tak ? 

6 comments:

Ejat Syamir said...

tak! hahahaha.

Yana Furbee said...

bukan awak lah! perasan saaaangaaat ni

~hafifi ishak~ said...

gile! dah ade belog! jiwang la shial! hahahah

Yana Furbee said...

hoi! belog aku dah lama laaa, kimbit!

Ejat Syamir said...

ouh. how i wish i was him.

Yana Furbee said...

You were him :) playboy! hahaha :)